Peluang Bisnes Ketika Bencana Alam

Banjir adalah salah satu daripada bencana alam yang sering berlaku hari ini di banyak negeri di Malaysia. Aktiviti terhenti, ekonomi terjejas. Tetapi keadaan tidak perlu jadi seperti itu. Industri mikro atau industri kecil sederhana di Malaysia sedang berkembang pesat. Melalui pengurusan yang cekap dan betul, anda dapat memanfaatkan perniagaan mikro anda, di samping membawa misi sosial dan membantu orang-orang disekeliling anda. Bagaimana caranya?

Peningkatan Jualan

Sumber Foto : Google

Pada hari-hari menjelang banjir atau sesuatu bencana, sebagaimana yang diramal oleh ahli kaji cuaca, anda dapat lihat orang ramai berduyun-duyun ke pasar tempatan dan mengikuti nasihat ahli kaji cuaca atau pegawai daerah tempatan untuk menyimpan keperluan asas.

Penduduk mahu bersiap sedia sebelum banjir datang dengan membeli sejumlah besar makanan keperluan yang penting seperti susu, telur dan roti untuk bekalan makanan mereka sepanjang banjir.

Pengguna yang membeli dalam  jumlah yang besar pasti dapat membantu meningkatkan angka jualan untuk kedai-kedai dan pasaraya.

Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan, anda sebagai pengusaha industri mikro tidak sepatutnya mengambil kesempatan dalam situasi begini dengan menaikkan harga barangan keperluan demi keuntungan. Ingat, disamping berniaga, anda ada misi sosial yang perlu dilaksanakan.

Permintaan Yang Meningkat

Satu lagi cara untuk perniagaan kecil mendapat manfaat daripada bencana alam ialah menawarkan pakej yang bersesuaian dengan bencana alam yang diramal berlaku di kawasan anda. Cara ini terpakai kepada perniagaan seperti kedai perkakasan dan perniagaan pengubahsuaian rumah.

Anda boleh menawarkan pakej seperti beg tidur (sleeping bag) dan makanan dalam tin, khemah mudah pasang, pakaian atau bungkusan makanan sedia dimakan.

Sumber Foto : Google

Anda juga boleh pergi ke kem-kem penempatan sementara dan tawarkan servis mencuci pakaian.

Walaupun banyak kedai-kedai besar akan menutup operasi mereka dalam keadaan cuaca buruk, perniagaan kecil mempunyai pilihan untuk tetap terus beroperasi selagi mereka tidak berada di kawasan terdedah bencana dan tiada arahan untuk berpindah atau menutup perniagaan di premis itu.

Pelanggan Baru

Oleh kerana kedai-kedai di kawasan anda mula kehabisan bekalan makanan, pengamal media seperti siaran berita di televisyen memainkan peranan untuk memberi info kepada rakyat tentang kedai-kedai atau perusahaan yang masih beroperasi untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan-keperluan lain.

Peranan anda adalah dengan pergi ke kawasan terjejas dan berikan bantuan yang anda mampu. Selain itu anda juga boleh mendekati wartawan-wartawan yang berada di tempat kejadian dan maklumkan kepada mereka bahawa anda mengusahakan perniagaan tertentu (barangan runcit, pakaian, servis dobi dan sebagainya) dan masih beroperasi ketika bencana berlaku.

Sumber Foto : Google

Kebiasaannya para wartawan akan melaporkan dan memberi maklumat kepada penduduk setempat tentang kedai-kedai atau perniagaan yang masih beroperasi untuk mereka mendapatkan keperluan mereka.

Ini boleh menjadi publisiti atau promosi percuma kepada perniagaan anda sekiranya anda mampu menawarkan apa yang diperlukan oleh orang ramai.

Hebahan melalui berita seperti ini boleh memberikan bantuan kecemasan kepada pelanggan yang tidak pernah mendengar tentang kedai anda dan dalam masa yang sama anda boleh meningkatkan keuntungan dan potensi jualan pada masa akan datang.

Selepas Bencana

Perniagaan anda tidak berhenti sebelum dan semasa bencana. Selepas bencana, usaha pembersihan bermula. Penduduk akan mula sibuk untuk mencari bekalan makanan, air dan keperluan asas yang lain. Bantu mereka dengan menjual barangan yang ada di premis anda.

Ketika kedai-kedai lain tutup, banyak perniagaan berskala mikro masih tetap beroperasi. Mereka adalah wira sebenar. Bantuan yang mereka berikan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam  adalah tidak ternilai.

Anda mungkin boleh mula memikirkan perniagaan yang bersifat mobiliti, yang boleh menjual dan membekalkan barangan keperluan ke kawasan bencana.

Sumber Foto : Google

Mungkin inilah yang disebut sebagai rezeki ketika bencana atau rahmat di sebalik ujian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘a blessing in disguise’.

Shikin Khalil



Sumber Peluang Bisnes Ketika Bencana Alam

0 Response to "Peluang Bisnes Ketika Bencana Alam"

Post a Comment