KUANTAN: Sekitar 300 peminat ikon papan selaju tempatan, Ahmad Fadzil Musa ataupun Pa’din Musa beratur panjang bagi merebut baki 30 kasut eksklusif keluaran Vans di sebuah pusat membeli belah, di sini, hari ini.
Stok terakhir kasut signature colorway edisi khas Pa’din Musa itu disimpan bagi meraikan pembukaan cawangan baharu syarikat itu di East Coast Mall, Kuantan.
Bagi mengawal keadaan, orang ramai yang mahu membeli kasut tersebut perlu mendaftar nama mereka bermula jam 10.00 pagi tadi sebelum undian dibuat pada pukul dua petang untuk menentukan individu yang dapat membeli kasut tersebut.
Kasut edisi terhad itu dilancarkan dua minggu lalu, menyaksikan semua stok yang ditawarkan habis terjual.
BACA: Vans pilih Pa'din Musa sebagai inspirasi kasut signature
Ia sekaligus menjadikan Pa’din, 41, sebagai orang Asia pertama diberikan penghormatan untuk mengeluarkan kasut signature oleh Vans.
Pa’din turut hadir pada acara itu dengan mengenakan baju jersi hitam kuning yang menjadi inspirasi warna pilihan kasut signature yang dikeluarkan atas namanya itu.

Baca: Kehidupan saya sebagai seorang skateboarder sudah lengkap - Pa'din Musa
Vans merupakan syarikat kasut sukan lasak Amerika Syarikat.
Kasut edisi terhad Pa'din Musa dikeluarkan bagi meraikan kejayaan beliau sebagai salah seorang pemain papan luncur paling berjaya di rantau ini.
Sumber
300 peminat rebut baki 30 kasut Pa'din Musa
Related Posts :
Tak Tahan Dikecam Mulut Busuk Netizen Sebab Banyak Tak Jawab Soalan Dan Melalut Ketika Debat Doula, Hayati Muzaffar Akhirnya Tampil Pertahankan Diri
Selepas rancangan Analisis semalam, nama Hayati Muzaffar menjadi bualan hangat orang ramai. Rata-ratanya menganggap Puan Hayati tidak men… Read More...
Aiman Tino buat luahan apabila ramai awek dan wanita mesej luah rasa cinta...
PENYANYI popular, Aiman Tino menerima banyak mesej berbaur peribadi daripada peminatnya yang kebanyakan gadis remaja selepas dia memberi … Read More...
Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen
Hangat mengenai topik Doula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor yang diperdebatkan Prof Dr Imelda Balchin dan Puan Hayati menjadi bahan per… Read More...
Bekas Isteri Tergamak Letak D,arah Haid Dalam Nasi, Rumahtangga Terus BerantakanIsteri aku sangat suka Facebook page ini. Aku harap dia baca tulisan aku dan kembali ke pangkuan aku. Maafkan abang, sayang.
Isteri aku ada… Read More...
'Netizen tolonglah hormati perasaan keluarga arwah'
“SAYA sedih dan kesal dengan tindakan netizen yang tularkan rakaman video arwah ber,lari menyelam,atkan diri dalam keadaan terb,a,kar.
“… Read More...
0 Response to "300 peminat rebut baki 30 kasut Pa'din Musa"
Post a Comment