Tak Tahan Dikecam Mulut Busuk Netizen Sebab Banyak Tak Jawab Soalan Dan Melalut Ketika Debat Doula, Hayati Muzaffar Akhirnya Tampil Pertahankan Diri



Selepas rancangan Analisis semalam, nama Hayati Muzaffar menjadi bualan hangat orang ramai. Rata-ratanya menganggap Puan Hayati tidak menjawab fakta. Tak kurang juga yang mengkritik cara jawapannya itu terpelesong ke lain.

Menjawab kembali kritikan netizen, dia memuat naik beberapa post untuk menerangkan penjelasannya dalam rancangan itu. Dia turut mengatakan dia hanya membuat kelas coaching sahaja, bukan menjadi Doula.



Minta maaf lah tak menjawab soalan



Menerusi status terbarunya, Puan Hayati luah rasa kecewa dituduh tidak memberi fakta tepat. Dia turut memohon maaf kerana tidak menjawab soalan.

Childbirth buat kelas persendirian



Dia tidak dapat menerima kritikan netizen mendakwa dia tidak mengeluarkan sebarang fakta tepat di rancangan itu. Menurutnya, Childbirth Educator ada kelas persendiriannya tersendiri.

Tambahan, dia akui Doala hanyalah peneman kepada ibu bersalin sepertimana diberitahu di siaran langsung semalam.

Menjawab isu sentuhan kulit ke kulit..


Di dalam perbincangan itu, moderator bertanya apa tindakan yang dilakukan jika uri tidak keluar dalam masa 30 minit hingga 1 jam selepas kelahiran. Jawapan diberikan Puan Hayati membuatkan ramai yang terhibur dan menganggap ianya tidak munasabah.

Kita akan letak bayi atas pangkuan dada ibu, bagi skin to skin, apabila bayi dapat bau air ketuban ibu, ia akan merangsang pituitary gland ibu untuk secrete hormon yang akan menolak uri keluar. – Puan Hayati



Walau bagaimanapun, Puan Hayati memberikan bukti menerusi video Youtube ulasan Doula di UK.

Fungsi penjagaan mesra ibu hospital rakan bayi



Bismillah

Semalam Kak Yat berkongsi tentang polisi Penjagaan Mesra Ibu di SEMUA fasiliti kesihatan KKM yang juga Hospital Rakan Bayi.

APA FUNGSI PENJAGAAN MESRA IBU HOSPITAL RAKAN BAYI?

Salah satu daripada senarai objektif adalah MENURUNKAN KADAR PEMBEDAHAN CAESEREAN, yang berisiko mudarat boleh menjadi asbab OBSTETRIC EMBOLISM.

90% daripada ibu yang meninggal dunia akibat obstetric embolism adalah ibu yang menjalani pembedahan caeserean.


Bismillah

#notaprogramANALISIS

Bila polisi penjagaan mesra ibu gagal dilaksanakan di fasiliti kesihatan kerajaan, natijahnya pada peningkatan kelahiran tidak selamat #unnecesarean.

Bila makin ramai ibu dibedah untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya dengan cepat, maka ibu ini semakin terdedah pada risiko obstetric embolism yang kian meruncing kadar bilangannya di kalangan ibu, terutama ibu berbangsa Melayu.

#sayNOtoUNSAFEdelivery

- Hayati Muzaffar


Sumber : Hayati Muzaffar via ohbulan.com

Sumber Tak Tahan Dikecam Mulut Busuk Netizen Sebab Banyak Tak Jawab Soalan Dan Melalut Ketika Debat Doula, Hayati Muzaffar Akhirnya Tampil Pertahankan Diri

0 Response to "Tak Tahan Dikecam Mulut Busuk Netizen Sebab Banyak Tak Jawab Soalan Dan Melalut Ketika Debat Doula, Hayati Muzaffar Akhirnya Tampil Pertahankan Diri"

Post a Comment