Zul Ariffin Rasa Keliru

Zul Ariffin Rasa Keliru

Keliru dengan apa yang berlaku. (Pic: Instagram @zul_ariffin)

Keliru. Itu kata-kata meluncur laju dari mulut pelakon Zul Ariffin kala ditanya mengenai isu perselisihan yang berlaku antara buah hatinya Zahirah Mc Wilson dengan pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong.

Meskipun mengakui ada berjumpa dengan ketiga-tiga mereka, Zul berkata dirinya hanya sebagai saksi ketika pertemuan itu.

Hanya saksi pertemuan.

“Sama seperti apa yang keluar di akhbar, memang itu yang saya dengar dari mereka.

“Persoalan saya kepada mereka ialah apa tujuan mereka buat semua ini dan untuk apa?" katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Terima sebaiknya.

Zul berkata dia tetap moving foward dan menerima kontroversi ini dengan hati terbuka.

“Apa juga yang berlaku sama ada ini kesilapan atau apa sahaja, saya akan tetap menerimanya," katanya.

Bagai hilang kata-kata, Zul berkata tidak ada apa yang boleh dilakukan olehnya terhadap apa yang tercetus melainkan menerimanya sebaik mungkin.

Kawal diri dalam dan luar set.

“Apa yang boleh saya buat kalau saya okay atau tidak,” jelasnya.

Zul berharap Zahirah, Kamal dan Emma mengambil berat akan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya sudah melalui ini dan apa yang boleh saya kata perkara ini tidak baik untuk karier anda.

“Bila diberi peluang jayakan drama kawal diri di dalam set dan ketika berada di luar set. Jangan buat drama di luar set,” katanya.

Serah pada keluarga Zahirah.

Sementara itu ditanya mengenai desas desus yang mengatakan dia bakal bernikah dengan Zahirah tahun hadapan, Zul menyerahkan perkara itu kepada Zahirah.

“Tanyalah bapa dia (Zahirah),” katanya.



Sumber Zul Ariffin Rasa Keliru

0 Response to "Zul Ariffin Rasa Keliru"

Post a Comment