Tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pemandu GrabCar berusia 33 tahun. — Foto TODAYPETALING JAYA, 2 Nov — Seorang peniaga dihukum penjara enam bulan hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang pemandu GrabCar.
Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu ke atas Hong Wai Koong, 21, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa berusia 33 tahun di hadapan sebuah hotel di Bandar Utama, Damansara di sini pada 3.55 pagi, 29 Oktober lepas.
Hong didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dan empat lagi rakannya yang mabuk ingin menaiki GrabCar namun tidak dibenarkan mangsa kerana khuatir mereka muntah di dalam kenderaannya, sebelum Hong bertindak menumbuk muka mangsa. — Bernama
Sumber Tumbuk pemandu GrabCar, peniaga dipenjara enam bulan
0 Response to "Tumbuk pemandu GrabCar, peniaga dipenjara enam bulan"
Post a Comment