Antara kawasan yang terjejas ialah, Taman Markisah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Kampung Masjid di Ayer Itam dan Kampung Makam, Jelutong.
Ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merayu supaya bantuan tentera digerakkan ke negerinya, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Onn Hafiz sedang meredah bah.
Beliau berada di Pulau Mutiara ini sejak semalam, bersiap sedia untuk menyalurkan maklumat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas meneliti data serta ramalan Jabatan Meteorologi.“Kebanyakan mangsa beritahu, inilah kali pertama rumah mereka dimasuki air,” ujar Onn.
Tambah Onn, suara bimbang dan resah mangsa banjir itu sudah cukup untuk beliau segera berkomunikasi dengan Hishammuddin untuk tindakan selanjutnya.
Ketika artikel ini ditulis, lebih 200 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di seluruh pelusuk negeri ini.
Menurut maklumat ATM, kesemua anggota terlibat dari Divisyen Kedua Infantri Malaysia.
Sumber 'Ini kali pertama air bah masuk dalam rumah'
0 Response to "'Ini kali pertama air bah masuk dalam rumah'"
Post a Comment