Tips Dan Bagaimana Anda Boleh Menikmati Ladang Bunga Matahari Di Saraburi, Thailand

Tips Dan Bagaimana Anda Boleh Menikmati Ladang Bunga Matahari Di Saraburi, Thailand

Foto: Hazwan Trainpackers

Bagi anda yang merancang untuk ke Bangkok, Thailand bagi tiga bulan terdekat ini, apa kata cuba tarikan yang makin menggila di sana, ladang bunga matahari yang terletak di Saraburi, Thailand.

 

Ladang bunga matahari ini cukup terkenal di kawasan utara Bangkok iaitu di Lopburi dan Saraburi.

 

Bagaimana untuk ke sana?

 

1. Jika anda dari Bangkok, anda boleh menyewa kereta untuk pergi sendiri atau bersama pemandu untuk membawa anda terus ke sana. Perjalanan dari Bangkok ke Saraburi mengambil masa selama 2 jam.

 

2. Bunga matahari ini kembang mekar pada bulan November, Disember dan Januari. Sebab itulah bagi anda yang dah rancang ke Bangkok pada bulan ini, Disember dan Januari, anda cukup bertuah kerana boleh menikmati permandangan oren bunga matahari mekar.

 

3. Ladang bunga matahari di Saraburi sangat luas. Kebanyakan ladang ini milik orang persendirian dan tiada bayaran masuk dikenakan. Boleh jimat duit lagi kan?

 

4. Jika anda mahu menggunakan pengangkutan awam, kereta api juga boleh membawa anda ke ladang bunga matahari Saraburi. Kereta api akan berlepas seawal jam 6:40 pagi dari Stesen Hua Lamphong, Bangkok ke Saraburi dan kereta api terakhir adalah pada jam 5.45 petang.

 

5. Perjalanan menaiki kereta api mengambil masa selama dua jam setengah. Tiba di Saraburi, anda boleh menaiki tuktuk untuk ke ladang bunga matahari.

6. Jika anda memilih untuk menaiki bas, ada dua bas disediakan ke sana iaitu bas berhawa dingin dan bas tingkap. Bas akan bertolak dari Bangkok di Terminal Bas Mo Chit dan ia mengambil masa selama 2 jam terus ke stesen bas Saraburi. Tiba di sana, anda boleh menaiki tuktuk untuk ke ladang bunga matahari. Bas merupakan pengangkutan paling murah yang boleh anda cuba. 



Sumber Tips Dan Bagaimana Anda Boleh Menikmati Ladang Bunga Matahari Di Saraburi, Thailand

Related Posts :

0 Response to "Tips Dan Bagaimana Anda Boleh Menikmati Ladang Bunga Matahari Di Saraburi, Thailand"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect