PASANGAN popular, Nur Fazura dan Fattah Amin dijangka membuat satu pengumuman penting dalam satu sidang media yang akan diadakan sekembalinya mereka dari Tanah Suci.
Dalam jemputan yang dilayangkan kepada media, sidang akhbar itu akan berlangsung pada 23 November ini di Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Sidang media itu bakal menjawab semua spekulasi yang melingkari kisah cinta pasangan ini sejak kebelakangan ini.
TONTON: Kenal Ke? bersama Fazura dan Fattah Amin
Terdahulu, Fattah dan Fazura, bersama keluarga masing-masing, berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 November lalu.
Namun ada desas-desus menyatakan pasangan itu sudah selamat bernikah dua hari sebelum itu.
BACA: Tiada permohonan nikah daripada Fattah Amin & Fazura - Jabatan Agama Islam
BACA: Bernikah? 'Tunggu sidang media kami 23 Nov depan' - Fattah & Fazura
Pada Ahad, pengurus Fattah, Sakirin Shak, memuat naik sebuah video di mana ibu Fazura, Fadhillah Nasir, dirakam memberitahu doanya di Jabal Rahmah adalah agar agar jodoh anak-anak (Fazura dan Fattah) berkekalan, sekali gus menguatkan dakwaan itu.
Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.
Sumber
Spekulasi bakal terlerai, sidang media khas Fattah Amin dan Fazura 23 Nov ini
Related Posts :
Gambar: Siapa sebenarnya Sarah Danielle, gadis yang mendakwa digoda oleh Shukri Yahaya?Heboh di media sosial apabila seorang wanita menyebarkan satu mesej perbualan yang mendakwa pelakon Andainya Takdir, Shukri Yahaya cuba meng… Read More...
“Bukan saja-saja, ramai yang suka makan arnab panggang dengan kepala sekali” – Penjual daging arnab panggangPENJUAL arnab panggang di Bazar Ramadan Kampung Guntong Luar di Permaisuri mendakwa dia menjual termasuk dengan kepala haiwan itu kerana ia … Read More...
Hans Isaac tanggung kahwin, bakal bapa mertua tak dapat balik MalaysiaPELAKON dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 46, terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya dengan model, Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutny… Read More...
Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumahWANITA maut selepas dirempuh pacuan empat roda ketika menjual kuih dan biskut raya di depan rumahnya di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, Lim… Read More...
“Kami memang serius” – Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra FaziraPenyanyi Shahir Zawawi, 28, bersedia bertemu keluarga Erra Fazira, namun masih menanti masa yang sesuai melakukannya.
“Kami memang serius” … Read More...
0 Response to "Spekulasi bakal terlerai, sidang media khas Fattah Amin dan Fazura 23 Nov ini"
Post a Comment