Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumah

WANITA maut selepas dirempuh pacuan empat roda ketika menjual kuih dan biskut raya di depan rumahnya di Kampung Gumaya, Jalan Pandaruan, Limbang, petang tadi.

Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumah

Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumah

Kemalangan kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan Tampai Molok, 50-an, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, adik mangsa, Suma Molok, 48, mengalami kecederaan patah pinggang dan paha.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sebuah pacuan empat roda Toyota Fortuner yang menggunakan nombor pendaftaran Brunei hilang kawalan sebelum merempuh gerai mangsa.

 

“Rempuhan kuat menyebabkan gerai menjual kuih dan biskut raya oleh adik beradik itu roboh dan menyebakan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

“Pasukan bomba menerima maklumat mengenai kejadian jam 5.13 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi,” katanya.

Beliau berkata, pasukan perubatan Hospital Limbang yang dipanggil ke lokasi mengesahkan mangsa maut manakala seorang lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk di hantar ke hospital bagi bedah siasat.

Sumber: Metro



Sumber Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumah

Related Posts :

0 Response to "Maut dirempuh pacuan empat roda bernombor pendaftaran Brunei ketika berniaga kuih raya di depan rumah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect