BESUT: Kementerian Pendidikan Tinggi yakin pelaksanaan Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di universiti tempatan sejak diperkenalkan dua tahun lalu mampu membendung salah laku dalam kalangan mahasiswa termasuk gejala rasuah.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, iCGPA juga berupaya membentuk personaliti yang seimbang menerusi penilaian sahsiah dan etika pelajar.
Menurut beliau, sistem berkenaan membolehkan mahasiswa serta pihak universiti mengenal pasti kekuatan sekali gus memperbaiki kelemahan sepanjang tempoh pengajian mereka.
“InshaAllah dengan adanya iCGPA, kita harap (salah laku) mahasiswa akan dinilai dan apabila dikenal pasti (melakukan salah laku) kita akan perbaiki etika itu hingga akhir apabila keluar dari universiti kelak, salah laku itu dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan rumah komuniti ke-165 di Kampung Gong Nering, Besut, pada Ahad.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengenai laporan hasil kaji selidik dijalankan SPRM tahun lalu mendapati 16 peratus daripada 1000 mahasiswa mahu menerima rasuah.
Lebih membimbangkan apabila 18.5 peratus pelajar turut menyatakan keinginan menerima suapan sekiranya tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.
Menurut Idris, iCGPA adalah inisiatif di bawah lonjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Sumber
Sistem iCGPA mampu bendung salah laku termasuk rasuah
Related Posts :
Majlis Persandingan Amyra Rosli Dan Amar Baharin Bakal Diadakan Di Singapura?
Gambar: Cinema Online
Mesti berdebar-debar merpati dua sejoli ini menantikan detik penyatuan mereka. Amar Baharin, 31 dan Amyra Rosli, 25,… Read More...
Gambar mayat lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemui bersama beberapa batu-bataMayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, berham… Read More...
Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadahSetelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah| Polis kini mencari pegawai SPRM yang menjadi viral di laman… Read More...
Video rebut anak viral, ahli perniagaan dan rakan dipenjara sehari dan denda RM900Kes video rebut anak yang menjadi viral bulan lalu, sehingga menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun ditegur mahkama… Read More...
Body of Man Who Jumped Off Penang Bridge Has Been Found
Image: Fire & Rescue Department
The body of a 39-year-old man, who jumped off the Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bridge, was discover… Read More...
0 Response to "Sistem iCGPA mampu bendung salah laku termasuk rasuah"
Post a Comment