Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah

Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah| Polis kini mencari pegawai SPRM yang menjadi viral di laman sosial kerana didakwa memukul isterinya baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima tiga laporan membabitkan lelaki berusia 30-an itu, namun pegawai SPRM terbabit sudah menghilangkan diri.

Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah

Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah

“Kita menerima tiga laporan masing-masing bersabit pembabitannya dalam kes dadah serta keganasan rumah tangga.

“Kita juga membuka siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) dan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Inovasi PDRM 2016, di Ramada Plaza, di sini, hari ini.

Khalid berkata, satu laporan juga sudah ditarik balik mangsa iaitu isteri kepada pegawai SPRM terbabit.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, namun menghilangkan diri sejak hampir tiga bulan lalu.

Katanya, melalui maklumat yang diperoleh daripada SPRM, suspek seorang

pegawai yang bermasalah dan lari dari tugas.

Kenyataan Khalid itu sekali gus menafikan dakwaan mangsa yang mengatakan polis tidak bertindak terhadap laporan yang dibuat.

Akhbar hari ini melaporkan, majikan suspek, SPRM sudah membuka kertas siasatan dan sedia berkerja sama dengan polis.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Setelah viral polis buru pegawai SPRM belasah isteri, suspek juga ada kes dadah"

Post a Comment