MANCHESTER: Pep Guardiola berjanji kepada Arsene Wenger bahawa Manchester City tidak mempunyai peluang menyamai pencapaian skuad Arsenal 2003/04 yang langsung tidak tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal menerima gelaran 'The Invincibles' selepas muncul sebagai pasukan kedua - selepas Preston North End pada 1988/89 - mengharungi kempen EPL tanpa kalah sepanjang musim.
City masih belum tewas selepas 10 perlawanan liga, tetapi Wenger merasakan ia amat sukar untuk The Citizens menyamai pencapaian mereka dan pengurus City Guardiola turut bersetuju dengan pengurus Arsenal itu.
"Saya mahu Arsene tahu bahawa rekod itu akan kekal menjadi miliknya. Kami tidak akan memecahkannya," kata Guardiola menjelang aksi di laman sendiri menentang Arsenal, esok.
"Untuk tidak tewas dalam EPL adalah hebat. Dia perlu tahu kami enggan memecahkan rekodnya, tetapi kami mahu beraksi baik dan tumbangkan mereka Ahad ini."
City tidak pernah tewas dalam 16 aksi kompetitif musim ini, menang 14 daripadanya dan tewaskan Wolverhampton Wanderes menerusi penalti selepas terikat dalam aksi Piala Liga.
Mereka kini selesa lima mata di persada liga, tetapi Guardiola menolak pandangan pengurus Chelsea, Antonio Conte bahawa pasukannya kini berada di landasan terbaik untuk muncul juara.
"Kami hanya lima mata di depan Manchester United... Masih berbaki berapa perlawanan? 28 perlawanan. Berapa banyak mata? 84 mata. Dan kami hanya lima mata di depan United. Ia tiada apa."- AFP
Sumber Rekod Arsenal akan kekal: Guardiola
0 Response to "Rekod Arsenal akan kekal: Guardiola"
Post a Comment