
Akibatnya, puluhan peminat pengsan dan mengalami kecederaan kerana mereka betolak-tolakan terutama di bahagian rock zone. Ramai peminat terpaksa di bawa keluar oleh pengawal keselamatan.
Pihak polis terpaksa memberi amaran kepada para peminat sekiranya mereka tidak mahu konsert dibatalkan.Pihak polis terpaksa memberi amaran kepada para peminat sekiranya mereka tidak mahu konsert dibatalkan.
Pihak penganjur mengambil langkah mengumumkan persembahan terpaksa diberhentikan seketika bagi mengawal keadaan.
Konsert Wanna One terpaksa diberhentikan kerana peminat berasak-asak dan keadaan tidak terkawal.Konsert Wanna One terpaksa diberhentikan kerana peminat berasak-asak dan keadaan tidak terkawal.
Pada acara Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur Wannabe Love itu, kumpulan tersebut baru saja mempersembahkan dua lagu iaitu Energetic dan Beautiful. Namun mereka tidak dapat meneruskan persembahan dan di minta segera ke belakang pentas.
Selepas lebih sejam konsert terhenti, kumpulan Wanna One akhirnya tampil semula ke pentas untuk menyambung persembahan kira-kira jam 9.45 malam.
Antara lagu yang dipersembahkan seperti Pick Me, Never, Always dan Burn It Up. Sepanjang persembahan mereka, suasana konsert berlangsung dengan tenang dan berakhir pada jam 10.50 malam.
Sumber Keadaan Tak Terkawal, Konsert Wanna One di Stadium Negara Terpaksa Diberhentikan!
0 Response to "Keadaan Tak Terkawal, Konsert Wanna One di Stadium Negara Terpaksa Diberhentikan!"
Post a Comment