Insiden pelakon, Zizan Razak, yang pitam di lokasi penggambaran Polis Evo 2, kelmarin, turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram @zizanrazak869, ungkapan Najib terselit antara lebih 3,000 komen yang mendoakan kesihatan bintang kesayangan ramai itu.
“Semoga cepat sembuh Zizan. Saya doakan cepat sembuh, kembali kejar penjenayah dalam Polis Evo 2,” ucap Perdana Menteri yang turut dibalas pelakon itu dengan ucapan terima kasih.
“Insya-Allah Datuk Seri. Saya akan usaha yang terbaik demi menjaga keamanan Malaysia. I love you Datuk Seri,” kata Zizan pula.
Dalam kejadian terbabit, Zizan mengakui terlalu letih kerana kurang sihat, tetapi masih mahu melakukan babak aksi berulang kali bagi mendapatkan hasil terbaik.
Entri yang dikongsi beberapa jam selepas kejadian mencemaskan di Kuantan, Pahang, pada 20 November lalu itu turut mendapat 181,000 ‘like’ daripada pengikutnya.
Selain Zizan, filem terbabit membariskan Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen.
Terdahulu, pada 9 November lalu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 33, memuat naik gambarnya dengan Najib ketika pelancaran Minggu Media Sosial Malaysia 2017.
Pada majlis sama, Zizan yang turut dikenali sebagai pelawak, pengacara dan penyanyi itu turut menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017.
Sumber: BH Online
Sumber Najib komen di istagram Zizan doakan cepat sembuh
0 Response to "Najib komen di istagram Zizan doakan cepat sembuh"
Post a Comment