RAFAEL Nadal akan kembali cergas dan beraksi dalam pusingan akhir ATP di London walaupun dilaporkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh jurulatihnya, Carlos Moya, setelah pemain nombor satu dunia itu
terpaksa melupakan saingan suku akhir Paris Masters sebelum ini ketika aksi menentang Filip
Krajinovic akibat kecederaan lutut, sekaligus menimbulkan persoalan akan penampilannya di
London.
Bagaimanapun, Moya menyifatkan anak didiknya itu akan tetap beraksi, menambah tarikan
kepada kejohanan setelah Andy Murray dan Novak Djokovic sah tidak akan beraksi.
"Nadal dalam keadaan bagus, begitu juga lututnya," kata Moya ketika di Milan.
"Dia berhenti kerana tidak mahu mengambil risiko tetapi akan tetap beraksi di London kerana
ia satu-satunya kejuaraan yang belum dimilikinya."
Nadal mengharungi musim yang hebat, memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika
Syarikat untuk menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan grand slamnya kepada 16.
Pemain berusia 31 tahun itu bergelut dengan kecederaan dan masalah prestasi dalam dua
tahun sebelum ini, namun Moya menjelaskan dia tidak pernah meragui kemampuan bintang
Sepanyol itu.
"Saya sudah menjangkakan Nadal akan kembali menjadi pemain nombor satu dunia dan saya tidak
terkejut kerana melihatnya berlatih dengan gigih.
"Tenis dan pemikirannya telah membawanya ke carta nombor satu semula," tambah Moya.
Sumber
Nadal akan tampil dalam pusingan akhir ATP
Related Posts :
“Kalau kucing lain dah lama cabut lari” – [VIDEO] Gelagat Oyen selamba mandi buat ramai terhiburGara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. S… Read More...
“Tunggu Lama Kot, Takkan Jodoh Aku Anj!ng” – Kesian Maksom Mengharapkn Jodoh Lelaki Turkey, Tapi Ini Yg Maksom Dapat…Soal jodoh ini sememangnya menjadi rahsia Allah S.W.T kepada kita, sesiapa pun tidak akan boleh menjangka bahawa dirinya akan bertemu jodoh … Read More...
“Nampak simple tapi penuh dengan makna” – Gelagat kanak2 mer4juk ayahnya tak terkejut bila serg4hKadang- kadang kita sebagai orang dewasa, gembira itu boleh diertikan sebagai kita dah dapat apa yang kita miliki, mungkin kerja yang bagus,… Read More...
Ramai Tanya Macam Mana Rayyan Boleh Pandai, Elfira Loy Kongsi Cara Didik Anak – “Kena Fokus Setiap Benda Baru Anak Kita Buat.”Pelakon, Elfira Loy mengakui ada menerima soalan daripada peminat mengenai perihal anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilihat pinta… Read More...
Dah la kacak, pemurah pula! Jadi juara 26 kali, pelari ded4h rahsia kerap sumbang wang kemenangan untuk kebajikanUSAHA tidak mengkhianati hasil.
Begitulah pegangan Pam Zhen Shen, 24, yang aktif menyertai acara larian jarak jauh sejak di bangku seko… Read More...
0 Response to "Nadal akan tampil dalam pusingan akhir ATP"
Post a Comment