Kadang- kadang kita sebagai orang dewasa, gembira itu boleh diertikan sebagai kita dah dapat apa yang kita miliki, mungkin kerja yang bagus, kereta yang besar atau rumah pertama, itu yang boleh dikatakan waktu yang gembira.
Berbeza dengan kanak-kanak, untuk mereka merasa gembira itu amatlah senang, bukan mereka meminta duit yang banyak dan kereta yang mahal tetapi kanak- kanak ini hanya perlukan layanan. Kalau dilayan apa sahaja pun mereka akan sangat gembira.
Seperti juga seorang kanak- kanak dalam sebuah rakaman video yang telah dimuatnaik di aplikasi Instagram Reel apabila video itu telah memaparkan seorang kanak- kanak lelaki yang ingin mengejutkan bapanya tetapi tidak dilayan dan menyebabkan kanak-kanak itu menangis.
Untuk menggembirakan dirinya kembali, si ayah itu melakonkan balik dan buat- buat terkejut besar sehingga mengusap dada dan membuatkan kanak- kanak itu melompat gembira. Nampak “simple” tetapi penuh makna bagi yang bergelar kanak- kanak.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga meninggalkan komen yang mereka juga pernah berada dalam situasi yang sama seperti yang dilalui oleh si ayah itu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/OL9P8oz
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "“Nampak simple tapi penuh dengan makna” – Gelagat kanak2 mer4juk ayahnya tak terkejut bila serg4h"
Post a Comment