Lepas tumbuk, tiga lelaki samun barang kemas RM15,000

Polis kini meneliti rakaman CCTV yang terdapat di kawasan itu memandangkan kedai berkenaan tidak mempunyai CCTV. — Foto ihsan Facebook/Kelab InfoPolis kini meneliti rakaman CCTV yang terdapat di kawasan itu memandangkan kedai berkenaan tidak mempunyai CCTV. — Foto ihsan Facebook/Kelab InfoGEORGE TOWN, 2 Nov — Tiga lelaki melarikan barang kemas bernilai RM15,000 dalam masa tidak sampai dua minit dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Lebuh Buckingham, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, seorang daripada tiga lelaki yang menaiki dua motosikal memasuki kedai tersebut dan menumbuk muka pekerja di situ.

“Selepas menumbuk muka seorang daripada tiga pekerja yang berada di dalam kedai emas itu, mereka mengarahkan pekerja memasukkan barang-barang kemas ke dalam beg sebelum melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan itu memandangkan kedai berkenaan tidak mempunyai CCTV.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan lima lelaki berusia 34 hingga 58 tahun dalam serbuan di sebuah pondok di belakang rumah di Kampung Janggus, Bukit Mertajam semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual air ketum.

Beliau berkata dalam serbuan 8 malam itu polis turut merampas 40 bungkusan dipercayai mengandungi air ketum bernilai RM400 dan pelbagai peralatan memproses air ketum di dalam pondok yang dijadikan tempat memasak serta membungkus air itu. — Bernama



Sumber Lepas tumbuk, tiga lelaki samun barang kemas RM15,000

Related Posts :

0 Response to "Lepas tumbuk, tiga lelaki samun barang kemas RM15,000"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect