Jurufoto reka fesyen gaun ‘nasi lemak’ maya

Seorang jurufoto menggunakan teknik grafik komputer dengan memanipulasi foto untuk menghasilkan fesyen rekaannya sendiri. — Foto ihsan Facebook/Rafil ThazaliSeorang jurufoto menggunakan teknik grafik komputer dengan memanipulasi foto untuk menghasilkan fesyen rekaannya sendiri. — Foto ihsan Facebook/Rafil ThazaliKUALA LUMPUR, 2 Nov — Seorang jurufoto fesyen mengubah suai gaun “nasi lemak daun pisang” rekaan Brian Khoo mengikut selera gayanya, dalam bentuk grafik.

Rafil Thazali menggunakan teknik rekaan grafik komputer dengan memanipulasi foto untuk menghasilkan “rekaannya” itu, lapor mStar Online.

“Saya bukanlah pereka fesyen. Saya tak pandai menjahit pun, apatah lagi nak cari ‘material’ untuk membuat baju seperti manik dan labuci.

“Brian Khoo dah buat seni visual menerusi rekaannya secara fizikal, dan saya buat dalam bentuk manipulasi foto. Jadi, boleh bezakan antara realiti dan maya,” katanya.

Rekaan Brian dihiasi elemen “nasi lemak” untuk ke pertandingan Miss Universe 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat, akhir November ini.

Digayakan pemenang Miss Malaysia Universe Samantha Katie James, paparan foto menarik minat ramai di media sosial.



Sumber Jurufoto reka fesyen gaun ‘nasi lemak’ maya

Related Posts :

0 Response to "Jurufoto reka fesyen gaun ‘nasi lemak’ maya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect