Fattah-Fazura umum bertunang, nafi nikah di Mekah

Fattah Amin mengumumkan sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu. ― Foto oleh Choo Choy MayFattah Amin mengumumkan sudah bertunang dengan Fazura pada 13 November lalu. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 23 Nov ― Artis paling popular Fattah Amin, 27, mengumumkan sudah bertunang dengan artis Fazura, 34, pada 13 November lalu.

Majlis merisik, bertunang dan doa selamat secara tertutup diadakan Isnin minggu lalu di rumah keluarga Fazura sebelum berangkat ke Mekah bersama keluarga pada 15 November lalu.

Perkara itu diumumkan Fattah dalam sidang media di sebuah hotel di sini sejurus pulang daripada mengerjakan Umrah petang tadi. Turut hadir Fazura serta pengurus kedua-dua belah pihak.

Namun tarikh pernikahan belum ditentukan dan menjangkakan majlis resepsi pada tahun depan.

“Atas permintaan keluarga kami minta sedikit ruang privasi untuk saya dan Fazura mengadakan majlis pernikahan secara tertutup.

“Insyaallah majlis resepsi kami akan ajak semua, dalam rancangan akan ada dua resepsi untuk keluarga dan media serta (resepsi kedua) peminat-peminat,” kata pelakon Hero Seorang Cinderella itu.

Sementara itu, Fazura kesal kerana ruang peribadinya dicerobohi apabila wartawan datang ke rumahnya untuk mengambil gambar dan menghubungi keluarga untuk bertanya tentang status mereka.

Katanya fitnah dan spekulasi yang timbul hampir setiap hari menyebabkan peminatnya keliru.

“Keluarga kami ada hak privasi dan bukan untuk dicerobohi,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut pasangan yang popular dengan jolokan 'Fattzura' bernikah pada 14 November lalu di kediaman nenek pelakon Gol dan Gincu itu di Petaling Jaya dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan abang kandung Fazura.

Laporan juga menyebut mereka pada awalnya merancang untuk bernikah di tanah suci namun tidak menjadi dan menukar rancangan untuk bernikah sehari selepas bertunang.

Fattah dalam sidang media bagaimanapun menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.



Sumber Fattah-Fazura umum bertunang, nafi nikah di Mekah

Related Posts :

0 Response to "Fattah-Fazura umum bertunang, nafi nikah di Mekah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect