Elon Musk adalah nama besar yang terukir dalam dunia teknologi. Beliau merupakan seorang billionaire dan memiliki beberapa syarikat yang bernilai lebih $1 bilion setiap satunya antaranya Tesla, SpaceX dan Paypal.
Pada Jun 2016, beliau dianggarkan mempunyai aset bernilai $11.5 bilion, seterusnya meletakkannya ditangga ke 86 dalam senarai orang terkaya di dunia.
Hal ini terbukti apabila Elon menempah kejayaan dengan membina bateri terbesar dunia dalam masa 100 hari menerusi syarikatnya Tesla.
#Cipta Rekod Bateri Terbesar
Bateri terbesar dunia yang terletak di Australia Selatan berjaya memenangi taruhan seseorang di Twitter yang tidak yakin dengan kemampuan beliau untuk menyiapkannya dalam masa 100 hari
Tesla terpilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di mana bateri terbesar ini mampu menampung kegunaan harian pengguna Australia Selatan yang sebelum ini mengalami masalah bekalan elektrik dan terpaksa mengharungi kehidupan 18 jam tanpa bekalan elektrik.
Business Insider melaporkan bahawa bateri besar mampu memberikan kuasa untuk 8,000 buah rumah untuk tempoh 24 jam, atau 30,000 rumah selama satu jam semasa pemadaman.
Pada September lalu, kawasan di Australia Selatan terjejas akibat masalah bekalan elektrik terputus disebabkan ribut yang melanda. Sebagai langkah menghadapi masalah ini, kerajaan mengumumkan dana $ 550 juta untuk mengatasi masalah yang dihadapi, termasuk Powerpack dan penjana gas 250 megawatt yang dijangka berjumlah $ 360 juta.
Memandangkan Elon berjaya memenangi taruhan yang dibuat, Tesla dijangkakan bakal berjimat sehingga $50 juta dimana kos ini bakal ditampung oleh para pengguna di Australia Selatan.
Elon Musk adalah contoh kejayaan seseorang yang bermula dengan minat dalam dunia teknologi yang digunakan sebaiknya untuk mencapai kejayaan dalam bidang keusahawan.
Sumber Dalam Masa 100 Hari ,Elon Musk Menang Taruhan Untuk Membina Bateri Terbesar Dunia
0 Response to "Dalam Masa 100 Hari ,Elon Musk Menang Taruhan Untuk Membina Bateri Terbesar Dunia"
Post a Comment