Foto Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja ketika melawat sebuah sekolah yang dilanda bah di Pulau Pinang menular di media sosial. ― Foto ihsan Facebook/Friends of BN - Barisan NasionalALOR SETAR, 15 Nov ― Tindakan menteri pendidikan berjalan di atas meja sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang bukan sebab takut kasutnya basah.
Sebaliknya meja yang digunakan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika melawat sekolah tersebut sudah digunakan oleh guru dan pelajar, lapor Utusan Online.
"Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing," kata setiausaha akhbarnya Datuk Mohd Razman Yaacob.
"Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu."
Tambahnya, Mahdzir meninjau calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah tersebut, yang tidak dinyatakan, kerana kebetulan berada di negeri itu.
Mohd Razman kesal foto yang menular di media sosial dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan pemimpin Umno itu.
"Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan," katanya.
Baru-baru ini foto Mahdzir, ahli parlimen Padang Terap, berjalan di atas meja tersebar hingga dikritik ramai.
Foto itu menunjukkan air banjir sudah mulai surut, kira-kira enam inci, sehingga hanya menenggelamkan sedikit tayar kenderaan sahaja.
Sumber Bukan sayang kasut, meja untuk pelajar mangsa banjir
0 Response to "Bukan sayang kasut, meja untuk pelajar mangsa banjir"
Post a Comment