TANGKAK: Dua cedera manakala penumpang lain selamat apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 155.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Bukit Gambir, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru itu terbabas dan terbalik hingga menghalang laluan kanan dan kiri lebuh raya terbabit.
Jurucakap Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, hanya dua mangsa mengalami kecederaan iaitu pemandu bas ekspres dan seorang penumpang.
"Kemalangan itu hanya membabitkan sebuah kenderaan dan bas terbabit turut menghalang laluan kanan dan kiri lebuh raya, menyebabkan aliran trafik perlahan sejauh kira-kira satu kilometer," katanya.
Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mengalihkan keadaan bas yang terbalik berkenaan.
BH difahamkan, mangsa yang tercedera sudah dihantar ke hospital berdekatan namun tiada jumlah sebenar penumpang dalam bas ekspres berkenaan.
Sumber Bas ekspres terbalik, 2 cedera
0 Response to "Bas ekspres terbalik, 2 cedera"
Post a Comment