DUNIA sekarang dipenuhi ramai orang gila. Salah seorang adalah lelaki ini yang sanggup memotong kemaluan anak lelakinya dengan kapak hanya kerana mahu menghalau roh jahat.
Ram Gopal Patel, 39, kemudiannya membiarkan Rupesh yang berusia 13 tahun itu berlumuran darah hingga meninggal dunia di rumahnya di Baloda Bazaar, India.
Lebih kejam, Ram dan seorang bomoh telah memukul kepala anaknya sebelum memotong kemaluan budak itu. Apabila ibunya Sunita balik dari kebun, dia mendapati anak lelakinya itu terbaring longlai di atas lantai.
Dia kemudiannya menjerit meminta bantuan daripada jiran-jirannya. Menurut jiran mereka, keluarga berkenaan sering mengadu ada roh jahat dalam rumah sebelum bertemu dengan bomoh.
Dalam pada itu, seorang pegawai polis berkata Ram dan bomoh itu telah ditangkap dan akan didakwa kerana membunuh, melakukan konspirasi serta menyembunyikan bukti.
Mereka akan direman hingga tarikh perbicaraan.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Bapa kapak kemaluan anak sendiri sampai mati untuk halau roh jahat
0 Response to "Bapa kapak kemaluan anak sendiri sampai mati untuk halau roh jahat"
Post a Comment