PARIS: Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah, hari ini selepas didapati terbabit membunuh lima bayinya, menerusi bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang berjaya diperoleh susulan pergaduhan suspek dengan jirannya, tahun lalu.
Sylvie H, 53 mengaku membunuh lima anaknya, 14 tahun selepas empat daripada lima mayat mangsa ditemui dalam sebuah hutan.
Pembunuhan berkenaan dipercayai berlaku antara 1993 - 1995 dan 2003 - 2005, manakala mayat bayi kelima dijumpai dalam rumah suspek.
Suspek yang memiliki tiga anak lain berusia 18, 27 dan 32 mendedahkan kepada mahkamah minggu ini bahawa dia melahirkan anak berseorangan di rumah tanpa pengetahuan bapa kepada semua bayi malang itu.
Kes berkenaan selama ini membingungkan penyiasat yang cuba mencari punca dan dalang di sebalik kematian semua mangsa.
Bedah siasat mendapati, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa dijerut dengan menggunakan wayar namun, tiada sebarang bukti DNA yang boleh mengaitkan kematian semua bayi terbabit dengan ibu bapa mereka, sehingga pasangan berkenaan dan anak sulung mereka terbabit dalam pergaduhan dengan jiran pada September tahun lalu. - AFP
Sumber
Ibu mengaku bunuh lima bayi
Related Posts :
Tiada lorong tambah nilai mulai esok dan sepanjang cuti raya untuk elak kesesakan di plaza tolLorong tambah nilai kad PlusMiles dan Touch ‘n Go di Lebuh Raya Utara-Selatan tidak akan beroperasi mulai esok dan sepanjang cuti perayaan H… Read More...
“Apabila kita ada thief, di Singapura kita panggil pencuri. Di Malaysia mereka panggil perdana menteri..” – Pelawak Singapura, Fakkah FuzzPerkembangan politik Malaysia turut menjadi bahan jenaka di Singapura.
Kali ini pelawak negara itu Fakkah Fuzz menggunakan isu semasa yang h… Read More...
Akibat tak diberi vaksin, kanak-kanak rekod kematian ke-3 akibat difteria hari iniMalaysia merekodkan kematian difteria ketiga hari ini selepas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dari Menggatal, 20 km dari sini, dilapor… Read More...
Rezeki sebelum raya, penjawat awam terima kenaikan gaji hari ini
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada tahun ini cukup bermakna apabila mereka akan menikmati kenaikan ga… Read More...
Sultan Johor menang bidaan nombor plat F1 dengan nilai RM836,660
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1, dengan nilai RM836,660.
Nombor pendaftar… Read More...
0 Response to "Ibu mengaku bunuh lima bayi"
Post a Comment