KUALA LUMPUR – Pertikaikan dahulu ramai pemimpin negara umat Islam yang jauh lebih ‘tidak berani’ membangkitkan isu Rohingya sebelum mempertikaikan Pope Francis yang melawat Myanmar baru-baru ini.
Demikian pesanan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin kepada umat Islam yang mempertikaikan mengapa Pope Francis tidak menyebut secara jelas tentang etnik Rohingya ketika menyeru kepada keamanan di Myanmar.
“Pope menggesa supaya masyarakat Myanmar menghormati setiap etnik dan identiti. Beliau tidak menyebut secara jelas isu Rohingya. Pelbagai andaian diberikan oleh perbagai pihak.
“Ada yang menyatakan beliau ingin menjaga keselamatan minoriti Kristian di sana. Apapun, jika orang Islam yang ingin mempertikaikan Pope yang tidak menyebut perkataan Rohingya semasa lawatan tersebut, kita patut terlebih dahulu pertikaikan ramai pemimpin negara-negara umat Islam yang jauh lebih ‘tidak berani’ membangkitkan isu Rohingya,” katanya di Facebook hari ini.
Media semalam melaporkan, Pope Francis menyeru penduduk Myanmar mengamalkan hidup secara aman selepas negara itu bebas daripada diperintah oleh tentera selama lima dekad dan masih menghadapi konflik.
Pope membuat gesaan itu semasa perhimpunan terbuka di Yangon pada hari ketiga lawatan beliau yang dicemari dengan tindakan ketenteraan ke atas etnik Rohingya menyebabkan 625,000 penganut Islam itu melarikan ke Bangladesh dari Myanmar iaitu sebuah negara yang didominasi oleh Buddha.
Dalam ucapannya, beliau bagaimanapun mengelak daripada menggunakan perkataan Rohingya ekoran nasihat oleh pihak Vatican yang bimbang akan membangkitkan krisis oleh pemerintah dan tentera Myanmar terhadap penganut minoriti Kristian.
Sumber: Mynewshub.cc
Sumber “Pertikai dulu pemimpin Islam sebelum pertikai Pope” – Mufti Perlis
0 Response to "“Pertikai dulu pemimpin Islam sebelum pertikai Pope” – Mufti Perlis"
Post a Comment