VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan penyanyi country Blake Shelton dikhabarkan bakal meninggalkan tugas mereka sebagai juri dalam rancangan realiti The Voice.
Adam dan Blake telah berkhidmat sebagai juri dalam program itu selama 13 musim berturut-turut.
Menjelang musim ke-14 program The Voice yang bakal bermula pada awal tahun hadapan, khabar angin mereka bakal menamatkan tugas sebagai juri itu mula menjadi buah mulut ramai pihak.
Namun begitu, terdapat juga satu sumber yang mengatakan mereka akan menyambung tugas di musim terbaru program realiti The Voice.
"Selain mendapat bayaran yang lumayan, Adam dan Blake mendapat populariti meluas dari rancangan itu.
"Mereka suka rancangan itu, cuma kadangkala mereka penat kerana menjalani rakaman hampir setiap hari dalam masa yang agak lama." kata sumber.
Selain Adam dan Blake, Ceelo Green, Christina Aguilera, Shakira, Usher, Alicia Keys, Miley Cyrus dan Pharrell Williams turut pernah duduk di kerusi juri The Voice.
Sumber: Hollywood Life
Foto: Celebrity Insider
Sumber
Adam Levine & Blake Shelton bakal tinggalkan 'The Voice'?
Related Posts :
Kedah menang, Pak Nasir lari dari Stadium Shah Alam ke Alor Setar“SEBAIK pengadil meniupkan wisel penamat malam semalam, ayah (Nasir Abas, 62,) tak sabar memulakan larian pagi ini kerana dia sememangnya be… Read More...
Inspektor polis tembak mati isteri dengan pistol ditahan depan pasar raya
INSPEKTOR polis yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, ditahan polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya, Matang, ma… Read More...
Nekad betul penyamun ni curi pagar besi naik motorPOLIS memburu dua lelaki yang melarikan dua pagar besi dari sebuah rumah dengan menaiki motosikal dalam kejadian Jalan Tudan di Miri, petang… Read More...
6 jam sehari di sisi al-Quran: Qariah tak menyesal berhenti kerja pensyarahNORMALINA Alias tidak kesal melepaskan jawatannya sebagai pensyarah semata-mata ingin menjuruskan tumpuannya terhadap al-Quran.
Normalina, … Read More...
Qari Iran dan qariah Malaysia juara Tilawah Al-Quran peringkat AntarabangsaQARI Iran dan qariah Malaysia diumumkan sebagai Johan Kategori Tilawah, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang… Read More...
0 Response to "Adam Levine & Blake Shelton bakal tinggalkan 'The Voice'?"
Post a Comment