Seorang lelaki dipercayai warga asing cuba melarikan seorang bayi berusia 20 bulan dalam kejadian di Klinik Sungai Chua, pagi semalam.
Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, bayi berkenaan sedang bermain di taman permainan terletak di hadapan klinik sebelum lelaki terbabit datang mendukungnya.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ketika kejadian ibu bayi berkenaan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan kandungannya.
Menurutnya, lelaki terbabit masuk ke ruang taman permainan dan cuba melarikan bayi berkenaan.
“Bagaimanapun, usaha lelaki terbabit tidak berjaya selepas wanita berkenaan tekad mempertahankan anaknya.
“Lelaki itu kemudian melepaskan bayi itu sebelum keluar melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.
Sumber: Metro
Sumber Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal
0 Response to "Cubaan lelaki warga asing culik bayi di klinik gagal"
Post a Comment