SOFIA: Sembilan terbunuh, manakala 19 lagi cedera selepas bas mini bertembung dengan trak di jalan raya yang sibuk di Bulgaria, semalam.
Ketika kejadian bas mini itu membawa 27 penumpang cacat penglihatan.
Enam daripada mangsa, termasuk pemandu disahkan maut di lokasi kejadian, sementara tiga lagi meninggal dunia di hospital.
Sebahagian mangsa lain yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Pihak berkuasa berkata, insiden itu berlaku di kawasan yang sering berlaku kemalangan di utara perkampungan Mikra. - AFP
Sumber 9 maut bas mini, trak bertembung
0 Response to "9 maut bas mini, trak bertembung"
Post a Comment