Warga emas dikurung di rumah bergelumang najis: Anak-anak dakwa bapa yang selalu mengamuk dan menghalau mereka

Kuantan: Anak kepada lelaki warga emas berusia 80 tahun yang dipercayai ditinggalkan dan dikurung di rumahnya di Taman Inderapura, di sini, sejak Isnin lalu akan menghantar bapa mereka ke rumah penjagaan orang tua untuk menjaga kebajikan lelaki itu.

 

 

Warga emas dikurung di rumah bergelumang najis: Anak-anak dakwa bapa yang selalu mengamuk dan menghalau mereka

Warga emas dikurung di rumah bergelumang najis: Anak-anak dakwa bapa yang selalu mengamuk dan menghalau mereka

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chong Siang berkata, dia bertemu dengan dua anak warga emas berkenaan pagi semalam untuk membincangkan isu berhubung bapa mereka.

“Hasil perbincangan, mereka mendakwa lelaki warga emas itu yang menghalau dan memarahi mereka serta sering mengamuk sehingga terpaksa meninggalkan bapa mereka seorang diri.

“Mereka turut mendakwa pernah menghantar lelaki itu ke rumah orang tua namun ada masalah sehingga memaksa mereka membawanya keluar dari rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki warga emas dipercayai ditinggal dan dikurung anaknya sejak Isnin lalu diselamatkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Warga emas berkenaan, Tang Ngad yang mengalami lumpuh separuh badan akibat diserang angin ahmar ditemui dalam keadaan bogel dan dipenuhi najis di pintu jeriji rumah, kelmarin.

Dalam pada itu, Chong Siang berkata, anak warga emas berkenaan mendakwa mereka pulang jam 5 petang kelmarin untuk memberi makanan namun mendapati bapa mereka tiada di rumah.

“Ketika itu, warga emas berkenaan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk melihat keadaannya sama ada sihat atau sebaliknya.

“Selepas itu, anaknya bercadang menghantar ke rumah orang tua yang mahu menerima bapa mereka,” katanya.

Katanya, dia turut menarik balik laporan polis yang dibuat kelmarin selepas anak warga emas berkenaan datang untuk bertanggungjawab ke atas bapa mereka.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan akan mengadakan pertemuan dengan anak warga emas berkenaan bagi membincangkan mengenai penjagaan bapa mereka.

Sumber: Metro



Sumber Warga emas dikurung di rumah bergelumang najis: Anak-anak dakwa bapa yang selalu mengamuk dan menghalau mereka

Related Posts :

0 Response to "Warga emas dikurung di rumah bergelumang najis: Anak-anak dakwa bapa yang selalu mengamuk dan menghalau mereka"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect