GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat 11 mangsa yang tertimbus di sebuah tapak binaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pagi tadi ditangguhkan sementara kira-kira jam 7 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kerja-kerja pencarian akan disambung semula jam 8 pagi esok.
Dalam masa sama katanya, pihak polis akan terus memantau dan berkawal 24 jam di lokasi kejadian bagi memastikan orang ramai tidak memasuki kawasan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Moktar berkata, pihaknya telah mengenal pasti kedudukan mangsa dan akan meneruskan pencarian esok.
Pihaknya telah mengalihkan 30 peratus tanah runtuhan namun kerja-kerja mencari tidak akan dilakukan malam ini atas faktor keselamatan pasukan pencari dan cuaca gelap.
Sumber
Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerja-kerja mencari dan menyelamat ditangguhkan
Related Posts :
Dunia lakonan sebati dalam diri Siti Saleha
SETELAH berehat beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga, Julai lalu, pelakon cantik, Siti Saleha mengakui rindu untuk kembali aktif … Read More...
Program vaksinasi haiwan secara besar-besaran dilancar di Sarawak Selasa ini
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melancarkan program vaksinasi haiwan kesayangan secara besar-besaran di seluruh negeri ini pada Selasa sebag… Read More...
Penduduk resah, tebing sungai terhakis
BALING: Penduduk di beberapa buah kampung sepanjang Sungai Ketil, Baling Kedah bimbang dengan ancaman tanah runtuh hakisan sedalam lima met… Read More...
Yuna ada sebab langsungkan majlis pernikahan secara tertutup
PENYANYI Yuna, 31, menjelaskan tidak bermaksud untuk merahsiakan majis pernikahannya bersama suami, Adam Yousof Sinclair, 34, yang telah di… Read More...
Elak kucing, polis bantuan maut dilanggar
DUNGUN: Gara-gara mengelak kucing melintas jalan, seorang anggota polis bantuan maut selepas terjatuh dari motosikal yang ditungaganginya s… Read More...
0 Response to "Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerja-kerja mencari dan menyelamat ditangguhkan"
Post a Comment