RANAU: Satu runtuhan besar berlaku di lereng Gunung Kinabalu pada kedudukan 1.5 kilometer berhampiran sebuah resort di Stesen Taman Kinabalu, Mesilau, Kundasang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt. Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk di Kampung Masilau berhubung kejadian itu.
"Sepasukan anggota APM Ranau kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian dan kita mendapati terdapat satu runtuhan di lereng Gunung Kinabalu pada kedudukan 1.5 Kilometer dari Ulu Bekas Resort MNR, Stesen Taman Kinabalu Masilou.
"Namun keadaan di lokasi runtuhan serta aliran sungai berada dalam keadaan yang normal," katanya, dalam kenyataan medianya, hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai terutamanya penduduk di Kampung Mesilau tidak panik memandangkan keadaan runtuhan itu masih terkawal.
"Kita akan menyalurkan maklumat terkini mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa," katanya.
Sumber
Penduduk Kampung Mesilau gempar runtuhan besar di lereng Gunung Kinabalu
Related Posts :
Pelakon veteran Ismail Mahmud meninggal dunia
SENIMAN Ismail Mahmud, 80an, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 petang tadi di Hospital Kota Bharu, Kelantan.
Jenazah difahamkan telah… Read More...
Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU
Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU
Hari ini dimana-mana sahaja malah di ger… Read More...
Dazrin, isteri bersanding bertiga
PELAKON, Dazrin Kamarudin meluahkan rasa teruja kerana isterinya Nur Fazulin Razali telah disahkan hamil.
Bagaimanapun ada perkara yang men… Read More...
12 rumah rosak dilanda angin puting beliung
Kira-kira 12 rumah di Kampung Alor Ali dan Kampung Rambai di sini rosak teruk selepas dilanda angin puting beliung, petang tadi.
Keja… Read More...
Nad Zainal Menghidap Leukimia?
Nad Zainal tetap tabah menjalani kehidupan seharian meskipun perlu berhadapan dengan penyakit leukimia.
Peminat jangan risau kerana itu seb… Read More...
0 Response to "Penduduk Kampung Mesilau gempar runtuhan besar di lereng Gunung Kinabalu"
Post a Comment