Politik dan makan, apa pilihan pemimpin Melayu DAP ini, Young Syefura?

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Pemimpin muda DAP ini mencetuskan kegemparan seketika apabila menyertai parti tersebut beberapa tahun lalu. 

 

 

Politik dan makan, apa pilihan pemimpin Melayu DAP ini, Young Syefura?

Politik dan makan, apa pilihan pemimpin Melayu DAP ini, Young Syefura?

 

Pemimpin Melayu DAP ini Young Syefura Othman, atau Rara sahaja, memilih juadah ringkas yang sesuai dengan seleranya.

Aktif bersama kumpulan anak muda dan menyertai demonstrasi sebelum menyertai parti itu, beliau tidak cerewet memilih makanan.

Penolong setiausaha kebangsaan Wanita DAP menikmati makanan di warung atau restoran asalnya sedap dan harga berpatutan.

Sarapan pagi

Beliau sering menikmati roti canai telur di gerai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Taman Alam Jaya di Batu 9, Cheras. Harganya hanya RM1.50 sekeping. 

“Kuah dal dan sambal dia sedap. Sesuai dengan selera saya,” katanya, seorang ahli jawatankuasa DAP Selangor.

Young Syefura, yang juga ahli majlis MPKj, mengunjungi premis itu tiga atau empat kali seminggu. 

Makan tengah hari

Pasta antara makanan Barat yang digemari Young Syefura di Padi House, Cheras.Pasta antara makanan Barat yang digemari Young Syefura di Padi House, Cheras.Jika tiada mesyuarat, penyelaras DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua itu memilih makanan Barat di restoran Padi House.

Ia terletak di deretan kedai dekat Bandar Mahkota Cheras berhampiran pusat beli-belah Aeon BMC.

“Restoran itu menyediakan masakan Barat, termasuk pasta. Goreng-goreng pun ada. Ia ringkas, sedap dan harga berpatutan. 

“Lagipun Wi-Fi dia OK, parkir pun OK, restorannya terbuka dan bersih,” katanya.

Young Syefura berkata harganya berbaloi dengan dengan makanan yang disediakan. Anggaran harga antara RM10 hingga RM50.

Makan malam

Ikan masak singgang dengan budu dan ulam di medan selera di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. — Foto oleh Helme Hanafi Ikan masak singgang dengan budu dan ulam di medan selera di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. — Foto oleh Helme HanafiBagi makan malam pula, pilihan beliau antaranya ikan singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman berdekatan pusat beli-belah Quill City Mall. 

“Saya suka makan ikan singgang dan ketam rebus. Saya suka masakan Kelantan, ada budu, ada ulam,” katanya. “Sedap dan menyelerakan.”   

Malah, katanya, harga berpatutan anggaran RM30 hingga RM40 untuk dua orang.

Young Syefura juga amat meminati roti Pakistan dan masakan India seperti roti nan dan ayam tandori, capati di Jalan Ipoh dan Kelab Aman di ibu negara.

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Politik dan makan, apa pilihan pemimpin Melayu DAP ini, Young Syefura?

Related Posts :

0 Response to "Politik dan makan, apa pilihan pemimpin Melayu DAP ini, Young Syefura?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect