GEORGE TOWN, 23 Okt — Pulau Pinang mengakui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak melulus projek perumahan yang mengorbankan 11 pekerja hujung minggu lalu.
11 maut, exco akui JAS tidak lulus projek Tanjung Bungah
Namun pihak berkuasa tempatan tetap memberi kelulusan berdasarkan sokongan Jabatan Mineral dan Geosains yang meneliti kecerunan di Tanjung Bungah.
Exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang meluluskan kerana beberapa projek di situ diluluskan oleh JAS.
Di sidang media sama, datuk bandar Datuk Maimunah Sharif menjelaskan dua lagi projek berdekatan lebih hampir dengan tapak kuari.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam mendedahkan JAS tidak meluluskan projek perumahan baru Taman Sri Bunga kerana tidak selamat.
Surat penolakan projek itu dikeluarkan Januari tahun ini, antara alasannya, ia terletak berdekatan kuari yang kerap melakukan kerja meletup batu.
Sabtu lalu, 11 pekerja projek perumahan mampu milik 49 tingkat di situ tertimbus akibat tanah runtuh.
Sumber: Malay Mail
Sumber 11 maut, exco akui JAS tidak lulus projek Tanjung Bungah
0 Response to "11 maut, exco akui JAS tidak lulus projek Tanjung Bungah"
Post a Comment