Koreaboo melaporkan peminat mula perasan perubahan G-Dragon selepas rakan baiknya, Seungri memuat naik gambar mereka di Instagram.
Menerusi gambar itu, jelas kelihatan susuk tubuh dan wajahnya yang cengkung membuatkan mereka terkejut.
Bagaimanapun, peminat menganggap perubahan drastik itu disebabkan kesibukannya yang kini sedang mengadakan konsert jelajah iaitu M.O.T.T.E. di seluruh dunia.
"Nasib baik konsert itu bakal berakhir dan dapatlah Oppa berehat dan menaikkan kembali berat badannya.
"Jangan jatuh sakit. Kami sayangkan Oppa!," tulis peminatnya.
Sumber Peminat Bimbang Berat Badan G-Dragon Turun Mendadak
0 Response to "Peminat Bimbang Berat Badan G-Dragon Turun Mendadak"
Post a Comment