Tiga dekad mewarnai dunia seni, penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid bersyukur kerana dihargai peminat luar negara terutamanya di Indonesia.
“Orang luar lebih menghargai saya dan saya bersyukur sebab karier saya panjang juga,” kata ratu jazz negara kepada Projek MMO.
Tengok Yuna, tiada siapa kisah. Dulu dia di YouTube, main gitar
“Saya ke Singapura, ke Indonesia, mahupun ke Tokyo, mereka tahu bagaimana hendak hargai artis,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Anlene “Move As Young As You Feel” di sini.
Pemilik nama sebenar Shahiela Abdul Majid, 51, yang baru sahaja menjayakan konsert “Kerinduan” di Jakarta pada April lalu bersyukur mendapat tajaan sepenuhnya dari Indonesia.
Difahamkan, pengurusan Sheila masih lagi mencari penaja konsert di Malaysia sempena ulang tahun kerjayanya yang ke-30.
Penyanyi Lagenda sebelum ini dilaporkan berkata kesukaran mendapat tajaan mungkin disebabkan faktor ekonomi namun tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Pelakon filem Ali Setan itu turut meluahkan rasa kecewa dengan bakat artis tempatan yang mampu pergi jauh namun tidak mendapat perhatian di negara sendiri.
“Kita mempunyai banyak bakat, hanya tiada pimpinan yang betul dan sokongan. Sebab itu bakat mereka terbengkalai.
“Lepas itu bila orang nampak bakat artis kita, barulah kita sibuk. Tengok Yuna, tiada siapa kisah. Dulu dia di YouTube, main gitar dengan lagu Dan Sebenarnya. Sekarang, tandatangan kontrak dengan Pharrell Williams [komposer antarabangsa].
“Kamu rasa di Malaysia dia akan berkembang? Sebab orang kita macamana? Tak cantik, kalau tak seksi, lepas itu pakai tudung [susah diangkat],” kata isteri komposer Acis.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Tengok Yuna, tiada siapa kisah. Dulu dia di YouTube, main gitar"
Post a Comment