Sekumpulan pengunjung kafe My Story Cafe di Shah Alam sedang menikmati makanan laut. ― Foto ihsan Facebook/My Story CafeSHAH ALAM, 19 Okt ― Penggemar shell out boleh menikmati ‘pakej jari comot’ yang sesuai dinikmati seisi keluarga dengan harga yang cukup berbaloi.
Kafe My Story Cafe menawarkan pakej masakan makanan laut itu untuk dua orang bernilai RM70 hingga RM110 atau empat orang RM180 hingga RM300.
Citarasa tempatan, hasil usaha Asrul Husni Hussain dan isterinya, ia dihidang bersama nasi dan minuman atau pesanan ala carte, lapor Sinar Harian.
Menu yang menggoda pengunjung, ketam nipah bercampur kekapis masak cili, mentega dan bawang putih kerana “manis pedas bercampur aduk dalam mulut”.
Hidangan makanan laut di kafe My Story Cafe di Shah Alam tersedia untuk diratah. ― Foto ihsan Facebook/My Story Cafe Sajian menu berat utama dan menjadi pilihan ramai, antaranya, masakan Barat dan pasta: Grilled Cheezy Chicken Chop, Quarter Chicken Roast, Homemade Grilled Cheezy Burger dan Grilled Cheezy Lamb Chop atau Pasta Carbonara, Aglio Olio dan bolognese.
Menu pembuka selera yang disediakan, antaranya, grill chicken salad, boxing chicken serta minuman sejuk dan panas.
My Story Cafe juga menyediakan ruang untuk anak kecil bermain dan sedia menerima tempahan majlis harijadi atau ulang tahun perkahwinan.
Bagi mengelak menunggu lama, pengunjung wajar membuat tempahan sebelum singgah di No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y Kota Kemuning, Shah Alam.
Ia dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam. Facebooknya My Story Cafe Shah Alam dan pengunjung boleh hubungi 018 777 1468.
Sumber ‘Pakej jari comot’, shell out keluarga amat berbaloi
0 Response to "‘Pakej jari comot’, shell out keluarga amat berbaloi"
Post a Comment