Lelaki putus kaki, motor terbabas rempuh kereta

Lokasi kejadian kemalangan maut di Kilometer 32 Jalan Kemendor-Selandar, Jasin, pada pagi 19 Oktober 2017. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamLokasi kejadian kemalangan maut di Kilometer 32 Jalan Kemendor-Selandar, Jasin, pada pagi 19 Oktober 2017. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamMELAKA, 19 Okt ― Seorang lelaki yang putus kaki maut apabila motosikalnya bertembung dengan Perodua Myvi di Kilometer 32 Jalan Kemendor-Selandar, Jasin, pagi tadi.

Ketua polis derah Jasin berkata mangsa M Yuvaraja, 31, ketika kejadian dalam perjalanan ke Kemendor dari arah Jasin gagal mengawal motosikal Yamaha 125Z dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Akibat kejadian itu, motosikal mangsa berlanggar dengan Perodua Myvi dipandu wanita berusia 31 tahun,” kata Supt Arshad Abu seperti dilapor Harian Metro.

“Selain mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan patah tangan kanan, kaki kanan mangsa turut putus.”

Katanya pemandu Myvi dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara mayat dihantar ke Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.



Sumber Lelaki putus kaki, motor terbabas rempuh kereta

Related Posts :

0 Response to "Lelaki putus kaki, motor terbabas rempuh kereta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect