Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap dengan peminjam PTPTN Jeffery Biyud Renge (duduk, kiri) di lapangan terbang KLIA, 25 Mac 2017. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 27 Okt ― Kerajaan melanjut diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Disember 2018.
Pada pembentangan Bajet 2018, Datuk Seri Najib Razak berkata semua peminjam diberi potongan seperti berikut:
― 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
― 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
― 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji (direct debit) mengikut jadual.
Kerajaan juga mengumumkan kelonggaran tambahan PTPTN seperti berikut:
Pertama: Bagi pelajar dari keluarga B40 yang mengikuti kursus berbolehpasaran tinggi, sebanyak RM200 juta ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum mereka.
Kedua: Tempoh ihsan bayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian, berbanding enam bulan pada masa ini.
Najib juga mengumumkan setiap mahasiswa dan pelajar tingkatan 6 diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250.
Sumber Lega? Diskaun bayar PTPTN dilanjut setahun lagi
0 Response to "Lega? Diskaun bayar PTPTN dilanjut setahun lagi"
Post a Comment