Jenama ialah identiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan. Ia boleh berupa dalam berbagai bentuk seperti nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan. Sesuatu jenama itu melambangkan identiti perniagaan yang berterusan dan juga membayangkan perwatakan, kualiti, asalan, kegemaran dan lain-lain.
Penjenamaan ialah suatu proses yang dapat melahirkan persepsi dan pengalaman yang tersendiri dan berterusan di dalam minda pengguna.
Penjenamaan yang baik ialah apabila pengguna teringat tentang satu jenama tertentu apabila mereka melihat atau menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Tim Majalah Niaga akan berkongsi langkah-langkah untuk anda membuat penjenamaan untuk kekal laris dalam pasaran.
#1- Kenali USP Produk Atau Perkhidmatan Anda
Unique Selling Point atau USP ialah apa kepakaran anda yang boleh ditonjolkan dan ianya berbeza dengan kepakaran orang lain. Manakala untuk produk pula, USP produk bermaksud apakah ciri yang paling menonjol terdapat dalam produk anda dan tidak ada dalam produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain.
Syarikat Zappos dikenali sebagai kedai online yang paling mesra pelanggan untuk membeli kasut secara online. Mereka mempunyai keunikan USP di mana menyediakan servis ‘free shipping’ dan ‘free return shipping’.
Hasilnya, pelanggan boleh tempah kasut dalam kuantiti yang banyak, kemudian mereka boleh pulangkan semula kasut yang mereka tak nak.
Tawaran servis pemulangan produk memberi kesan positif kepada kerana pelanggan tidak lagi takut untuk membeli secara online dan mereka boleh pulangkan semula kasut yang tidak sesuai untuk mereka. Kesannya, mereka dapat jual produk dengan harga yang lebih mahal dari syarikat pesaing.
#2- Pilih Saluran Promosi Yang Betul
Medium saluran promosi yang betul akan menjana pulangan lumayan terhadap bisnes anda. Demografik pelanggan amat penting seperti di mana mereka tinggal, berapa umur sasaran mereka, apa tahap pendidikan mereka dan yang paling penting ialah medium apa yang sesuai dan berkesan untuk menyampaikan mesej berkenaan produk anda itu supaya ianya sampai kepada mereka.
Contohnya iklan bilboard yang telah lama terbukti. Iklan pada meja kedai mamak, iklan pada bas awam dan teksi. Iklan pada billboard jalan raya atau pada stesen menunggu bas sudah lama diamalkan. Bilboards besar yang anda lihat di lebuh raya bernilai sekitar RM800 ribu setahun.
Iklan di majalah tertentu, website atau suratkhabar yang menyasarkan kumpulan tertentu yang spesifik sebagai pembaca mereka. Meletakkan iklan di ruang sebegini biasanya berkesan. Contoh – contoh lain saluran promosi ialah:-
- Hantar surat
- Website dan iklan pada enjin pencarian
- Bersosial secara maya dan juga secara zahir
- Kerjasama pemasaran
- Telemarketing
- Iklan bilboard
- Publisiti percuma
- Iklan di majalah tertentu, website atau suratkhabar
Walau apa saja yang anda pilih sebagai saluran pemasaran, perkara yang paling asas adalah memahami kenapa orang teringin nak beli produk atau servis syarikat anda.
#3-Mencipta ‘High Impact Content’
Kekerapan produk jualannya muncul di kaca televisyen (TV) dan mencipta gimik luar biasa telah mengkatifkan radar glamor produk yang dikeluarkan oleh pelantun lagu I Am Me.
Sebahagian masyarakat pernah mencemuh, membenci dan meluat dengan taktik pemasaran ‘kekampungan’ yang diketengahkan Datuk Seri Vida ini di media arus perdana.
Namun bermodalkan promosi dan slogan menjengkelkan itulah yang memutarkan minat masyarakat kepada produk jualannya. Pengikut dan peminat bertambah dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mula menyenangi pendekatan mereka yang sentiasa berjaya mencetuskan fenomena.
Kegedikannya dalam mempromosikan produk Pamoga, Qu Puteh dan Millenia menjadikan penonton mengingati iklan tersebut dan lama kelamaan mereka terpedaya dengan kemewahan nilai-nilai positif yang dipaprkan dalam iklan dan akhirnya mereka membeli produk ini.
#4-Menjaga Dan Mengeratkan Hubungan Pelanggan
Power Root jenama yang sentiasa menjaga dan mengeratkan hubungan pelanggan dengan memberi peluang kepada pelanggannya menjadi jutawan dalam sekelip mata. Peraduan “Anda Boleh Jadi Jutawan 4” untuk terus membolehkan orang ramai mencapai impian menjadi jutawan dengan menyertai peraduan ini.
Kepada pelanggan yang tidak pernah menunaikan umrah, syarikat ini juga menawarkan peluang percuma ini demi menghargai kesetiaan pelanggan mereka. Di samping dapat membantu memperkenalkan produk kepada bakal pelanggan, tindakan ini juga sebagai satu cara menambah kegembiraan dan kebahagian hidup mereka.
Mungkin anda tidak bernasib baik atau tidak semewah itu untuk jadikan pelanggan anda jutawan namun ada beberapa alternatif lain yang mungkin dapat dilaksanakan untuk tujuan ini.
Fikir dan carilah cara bagaimana untuk membina hubungan pelanggan agar proses penjenamaan ini berterusan dan mengurangkan bajet pengiklanan anda.
Sumber Bagaimana Cara Memperkenalkan Jenama Untuk Kekal Laris Dalam Pasaran
0 Response to "Bagaimana Cara Memperkenalkan Jenama Untuk Kekal Laris Dalam Pasaran"
Post a Comment