Kita tahu nak urus Jamal esok, kata KPN

Polis sudah mempunyai strategi untuk mengawal keselamatan di tunjuk perasaan "Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" esok.

Fuzi-Harun_jamal_600

KUALA LUMPUR: Polis sudah mempunyai strategi untuk mengawal keselamatan di tunjuk perasaan “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata langkah keselamatan itu termasuk untuk “menguruskan” Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mahu menjual ikan harga murah pada perhimpunan Pakatan Harapan itu nanti.

“Pertugasan kita sudah atur tidak ada masalah.

“(Jamal) nak meniaga ikan itu dia punya pasal. Kita tahu lah cara nak urus,” katanya ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Jamal semalam berkata beliau tidak akan memohon permit Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk berniaga di lokasi tunjuk perasaan itu nanti.

Tunjuk perasaan itu akan berhimpun di Padang Timur, Petaling Jaya dan dijadualkan bermula pada 4.00 petang.

Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata penguatkuasa akan menghalau pemimpin gerakan Baju Merah itu sekiranya meniaga tanpa permit.

Jamal berkata beliau tidak berhasrat mengganggu acara itu, dan berkata MBPJ sepatutnya lebih bimbang akan tunjuk perasaan yang diadakan tanpa permit polis itu.

Polis sebelum ini menasihatkan Jamal untuk tidak melakukan provokasi.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Kita tahu nak urus Jamal esok, kata KPN

Related Posts :

0 Response to "Kita tahu nak urus Jamal esok, kata KPN"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect