Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyita kira-kira 500 alas kaki ada ayat al-Quran di sebuah gudang barangan jualan keperluan rumah di Krubong, di sini, hari ini.
500 alas kaki ada ayat al-Quran dirampas
Sitaan terhadap alas kaki itu dibuat anggota penguat kuasa JAIM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka dan polis selepas membuat pemeriksaan di gudang berkenaan kira-kira jam 2 petang.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, selain ayat al-Quran, pihaknya turut menemui terjemahan al-Quran dan doa-doa harian serta tulisan arab pada helaian kertas di bahagian dalam alas kaki berkenaan.
“Gudang ini dimiliki sebuah syarikat mengedar beberapa peralatan rumah termasuk alas kaki yang diperoleh dari Semarang, Indonesia dan ia akan dibekalkan di beberapa premis termasuk pasar raya di negeri ini dan Johor.
“Semasa pemeriksaan kita mendapat kerjasama dari syarikat malah mereka telah pun mengasingkan alas-alas kaki ini. Sitaan dibuat untuk siasatan lanjut dan tujuan perlupusan dengan kerjasama KDN,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
“Jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa” – Adira AF mengandung 7 minggu, Datuk Red idam anak lelakiSuami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan isterinya kini sedang hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor p… Read More...
Wak Doyok bertunang dengan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz MazharBekas isteri Sultan Brunei bertunang dengan selebriti media sosial Wak Doyok seminggu lalu.
Majlis pertunangan Azrinaz Mazhar Hakim, 37, den… Read More...
Lagi sebulan nak kahwin, bakal mak mentua suruh putus tunang sebab tak tahu masak!
Lagi sebulan nak kahwin, bakal mak mentua suruh putus tunang sebab tak tahu masak!
Assalamualaikum admin, mohon postkan confession ni se… Read More...
Harga minyak petrol RON95 dan RON97 kekal manakala diesel naik 10 sen untuk Ogos 2016Ini adalah harga minyak petrol bagi bulan Ogos 2016 mengikut laporan daripada Malaysiakini. Minyak Diesel naik 10 sen kepada RM1.70 sel… Read More...
Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin, “saya tak pernah larang dia jumpa anak, tapi bulan Syawal pun tak nampak batang hidung”Panas dengan gosip rumah tangganya goyah, artis komedi, Along Cham, 33, yang diburu media sejak minggu lalu, akhirnya tampil memberi kenyata… Read More...
0 Response to "JAIM rampas 500 alas kaki ada ayat al-Quran"
Post a Comment