Kelas Bahasa Melayu dilancar di Beijing

KUALA LUMPUR: Meskipun berada di perantauan, kepentingan menguasai Bahasa Melayu tidak pernah dipinggirkan demi menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi pelapis.

Projek kelas komunikasi Bahasa Melayu yang digerakkan sepenuhnya oleh sukarelawan siswa di Beijing, China, dilancarkan hari ini bersempena meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan ini.

Sebagai permulaan, seramai 22 murid menyertai kelas berkenaan.

Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataan hari ini, berkata program berkenaan adalah sebahagian inisiatif untuk menanamkan semangat patriotisme berasaskan Bahasa Kebangsaan.

"Ia adalah usaha komuniti Malaysia di Beijing yang komited untuk memastikan anak mereka mempunyai rasa cintakan tanah air walaupun tinggal di perantauan.

"Inisiatif ini turut mendapat kerjasama Kedutaan Malaysia di Beijing dan penyandang Kursi Bahasa Melayu di Universiti Pengajian Luar Beijing, Datuk Dr Awang Sariyan yang juga penasihat projek.

"Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya turut melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan anak mereka yang mengikuti program ini.

"Beliau mengharapkan supaya program ini menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat Malaysia di luar negara," katanya.



Sumber Kelas Bahasa Melayu dilancar di Beijing

0 Response to "Kelas Bahasa Melayu dilancar di Beijing"

Post a Comment