WASHINGTON: Pembantu dan anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka Trump akan menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Dunia mengenai Wanita (WAW!2017) di Jepun, pada 3 November ini.
Rumah Putih ketika mengumumkan perkara itu semalam, berkata kehadiran Ivanka di WAW!2017 adalah atas jemputan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.
"Ivanka sudah menyatakan kesediaannya untuk menghadiri perhimpunan itu, termasuk bagi menyampaikan ucapan khas pada WAW!2017 di Jepun pada 3 November ini.
"Ucapannya akan membincangkan dua perkara utara menyentuh portfolionya dalam pentadbiran Trump, iaitu penyertaan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan," katanya. - AFP
Sumber Ivanka Trump hadiri WAW!2017 di Jepun
0 Response to "Ivanka Trump hadiri WAW!2017 di Jepun"
Post a Comment