BBCC lancar projek blok kediaman Lucentia 2

KUALA LUMPUR: Projek blok kediaman terbaru yang dilancarkan BBBC Development Sdn Bhd (BBCC Development) baru-baru ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli berpotensi.

Projek dikenali dengan nama Lucentia 2 itu terletak dalam projek pembangunan bersepadu di kawasan seluas 7.85 hektar.

Apartmen servis setinggi 36 tingkat mengandungi 273 unit yang berkeluasan antara 454 kaki persegi hingga 882 kaki persegi.

Ketua Eksekutif BBCC Development, Low Thiam Chin, berkata bagi projek Lucentia 2, ia dijual pada harga purata RM1,750 untuk setiap kaki persegi.

"Apa yang menarik mengenai projek blok kediaman ini adalah ia mempunyai akses yang mudah untuk ke mana-mana dengan adanya kemudahan hab transit pengangkutan rel merangkumi laluan monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga Transit Aliran Massa (MRT).

KETUA Eksekutif BBCC Development, Low Thiam Chin. - Foto Salhani Ibrahim

"Kemudahan pengangkutan itu akan memberikan keselesaan kepada penghuni ditambah pula dengan pelbagai kemudahan lain yang disediakan di dalam pelan induk pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

"Kami menyasar pembeli yang terdiri daripada penduduk tempatan yang gemarkan kehidupan bandar, rakyat luar yang mahu menjadikan Malaysia rumah kedua mereka, golongan profesional muda dan keluarga yang kecil.

"BBCC adalah pembangunan bersepadu yang mempunyai keunikan tersendiri, selain berada di lokasi strategik di ibu negara," katanya ketika ditemui baru-baru ini di galeri jualan BBCC, dekat sini.

Projek BBCC bernilai RM8.7 bilion itu dilaksanakan konsortium terdiri daripada UDA Holdings Berhad, Eco World Development Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Projek pembangunan bersepadu itu mengandungi pusat beli-belah, hab hiburan, hotel empat bintang, dua blok pejabat strata, lima blok apartmen dan menara 80 tingkat berkonsep tiga dalam satu yang mengandungi pejabat korporat, kediaman mewah serta hotel lima bintang.

Thiam Chin berkata fasa pertama projek itu dijangka siap menjelang Disember 2020 dan Lucentia 2 akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, 'sky deck', gimnasium, lobi utama dan sebagainya.

"Lebih menarik, ia mempunyai laluan masuk yang tersendiri dan tidak boleh diakses oleh bukan penghuni. Ia memberikan rasa selamat dan tanpa diganggu kepada penghuni Lucentia 2," katanya.



Sumber BBCC lancar projek blok kediaman Lucentia 2

0 Response to "BBCC lancar projek blok kediaman Lucentia 2"

Post a Comment