PENYANYI Atilia mengakui risau apabila penyanyi muda masa kini enggan untuk berkarya dengan muzik jazz dalam bahasa Melayu.
Menurut Atilia, pelapis baharu zaman sekarang lebih cenderung ke arah jenis muzik moden yang lebih progresif.
"Apa yang saya lihat pada industri muzik sekarang adalah penerimaan terhadap irama muzik jazz di Malaysia semakin berkurangan.
"Ini kerana penyanyi muda semakin cenderung untuk menyanyikan lagu yang lebih moden mengikut peredaran zaman sehingga irama jazz dipinggirkan.
"Sejak kebelakangan ini, saya lihat tiada lagi wajah-wajah baharu yang ingin menyanyikan lagu-lagu jazz dalam bahasa Melayu.
"Saya berharap agar dengan usaha yang dilakukan oleh saya dalam menerbitkan album terbaharu ini dapat memberi inspirasi buat penyanyi muda untuk mengembalikan kegemilangan irama jazz tempatan pada masa depan.
"Meskipun muzik seperti ini kurang menonjol namun saya yakin masih ada lagi kelompok peminat yang meminati muzik jazz," katanya kepada Astro Gempak.
Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album, Atilia No 3, di Alexis, Great Eastern Mall, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber
Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia
Related Posts :
Menjelang Bersih 5, Maria Chin dan kakitangan BERSIH ditahan polis, komputer dirampasMenjelang Bersih 5, Maria Chin dan kakitangan BERSIH ditahan polis, komputer dirampas | Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari i… Read More...
Syarat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh adalah 3A 3BSyarat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh adalah 3A 3B | Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum tiga A dan tiga B dalam… Read More...
Kak Lina Pom Pom belum sedia kahwin lagi, tak mahu anak terabaiPenyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang kini gemar membahasakan dirinya Kak Lina Pom Pom belum terfikir untuk mencari pengganti bagi mengisi … Read More...
The Rock, Dwayne Johnson dinobat lelaki paling seksi 2016Bekas ahli gusti profesional yang kini melakar kejayaan dalam arena lakonan, Dwayne Johnson atau The Rock, 44, diangkat sebagai Lelaki Palin… Read More...
“Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya” – Michael Ang“Saya sendiri gurau kasar, takkan saya tak boleh terima orang bergurau dengan saya” – Michael Ang | Pengarah drama Michael Ang tidak pernah … Read More...
0 Response to "Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia"
Post a Comment