Melalui Instagramnya sebentar tadi, Hans memaklumkan Zizan telah menghubunginya dan meminta maaf di atas gurauannya itu.
"Apa yang telah berlaku dengan Zizan di FFM dan apa yang Zizan telah kata di atas pentas mengenai joke itu, Zizan dah call saya dan kita dah bincang. Dia dah minta maaf dan saya pun dah maafkan dia. Dua-dua semua dah okay.
"So kepada followers dan juga peminat, terima kasih di atas kata-kata (sokongan) anda, saya rasa kita patut hormati antara satu sama lain. Inilah adat kita, adat Malaysia.
"Ada kata-kata yang agak kasar dalam Instagram saya ini di antara peminat saya dan juga Zizan, hormatilah antara satu sama lain. Jangan menggunakan kata-kata yang agak kasar.
"So case closed guys dan saya harap benda ini dah cukuplah dan tak payah bincang lagi." katanya.
Ekoran itu, Zizan tampil meminta maaf dan mengakui ketelanjuran kata-katanya ketika mengacarakan FFM29 itu semalam, yang mana dia tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak khususnya Hans dan Eizlan.
"Saya mohon maaf di atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjan g FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.
"Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir dan tidak menyangka gurauan itu akan menjadi isu besar sehingga ada segelintir pihak berasa kurang senang," katanya memetik laporan dari Harian Metro hari ini.
Zizan berkata, pada mulanya dia menyangka kata-katanya itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Namun setelah menjadi isu, dia mengakui kesilapan itu dan memohon maaf serta akan lebih berhati-hati di masa akan datang.
Sumber 'Saya dah maafkan Zizan'
0 Response to "'Saya dah maafkan Zizan'"
Post a Comment