MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam letupan dua bom kereta di pinggir ibu negara hari ini, dipercayai angkara militan al Shabaab.
Dalam kejadian pertama, sebuah kereta sarat bahan letupan yang dipandu pengebom nekad merempuh sebuah hotel dikenali sebagai Nasahablod Two, kira-kira 600 meter dari istana presiden.
Seorang pegawai polis, Ali Nur berkata, bom kedua meletup beberapa minit selepas itu berdekatan sebuah bangunan lama yang pernah dijadikan Parlimen.
"Sekurang-kurangnya 17 orang maut, sebahagian besar adalah anggota polis yang sedang bertugas.
"Ada juga yang maut dalam tembak-menembak yang berlaku apabila pasukan pasukan keselamatan menyerbu bangunan hotel itu," katanya.
Siasatan awal mendapati, semua anggota polis yang maut itu bertugas berhampiran pintu pagar hotel terbabit. Turut terbunuh ialah seorang bekas ahli perundangan.
Difahamkan, jumlah kematian dijangka meningkat susulan kejadian berbalas tembakan di dalam hotel itu antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan. - Reuters
Sumber
17 maut dua bom kereta meletup
Related Posts :
Mulut Boleh Campak Masuk Longkang! - Elfira Loy MengamukMulut Boleh Campak Masuk Longkang! - Elfira Loy Mengamuk
Umum mengetahui hubungan ‘istimewa’ antara pelakon Elfira Loy dan penyanyi sedan… Read More...
“Nak jadi pelawak kena bijak, elak lawak lucah dan persenda nama orang” – Azlee Senario respons isu Ammar Titan dan Watson NyambekKetelanjuran pelawak dan pengacara Ammar Titan mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek mengundang keresahan salah… Read More...
“Saya Punk Tegar, Apa Orang Kata Saya ‘Langgar’ Saja”“Saya memang hati kental, saya ni budak ‘punk’ tegar, saya tak peduli apa orang cakap, saya ‘langgar’ saja,” demikian pengakuan Khairuddin A… Read More...
Video: “Saya tak terdesak untuk ‘bersama’ Stacy, itu sekadar jenaka” – Akim AhmadGURAUAN Akim Ahmad pada program Mentor Milenia baru-baru ini kononnya dia tak sabar untuk “bersama” Stacy yang berpantang akibat melahi… Read More...
Kes adik Thaqif: Dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah RM20,000, pembantu warden sujud syukurPembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, berhen… Read More...
0 Response to "17 maut dua bom kereta meletup"
Post a Comment