Pengasuh ditahan, disyaki dera bayi lapan bulan

Pengasuh berkenaan ditahan di rumahnya pada pukul 8 malam selepas pembantu perubatan Hospital Kajang mengesyaki bayi itu telah didera. — Paparan skrin GooglePengasuh berkenaan ditahan di rumahnya pada pukul 8 malam selepas pembantu perubatan Hospital Kajang mengesyaki bayi itu telah didera. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 19 Sept — Seorang pengasuh wanita ditahan kerana dipercayai mendera seorang bayi perempuan berusia lapan bulan di sebuah rumah di Taman Bukit Mutiara, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof  berkata wanita berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan sama pada pukul 8 malam selepas pembantu perubatan Hospital Kajang yang memeriksa bayi itu mengesyaki bayi itu telah didera.

"Dalam kejadian Ahad lepas, ibu bayi itu yang juga anggota polis mendapati terdapat kesan merah di pipi kiri bayinya seperti ditampar, selepas dia mengambil bayinya di rumah wanita itu. 

"Sebelum itu ibu mangsa telah mendengar tangisan anaknya sebelum memasuki wanita rumah itu, namun pengasuh itu berkata anaknya sedang tidur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ibu mangsa kemudian menghubungi wanita itu tetapi telefon bimbitnya telah dimatikan.

Ahmad Dzaffir berkata suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. — Bernama



Sumber Pengasuh ditahan, disyaki dera bayi lapan bulan

Related Posts :

0 Response to "Pengasuh ditahan, disyaki dera bayi lapan bulan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect