CEO Proton dapat jawatan sama ke Malakoff bulan depan

Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenal dilantik ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif Proton pada 1 April tahun lepas. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Ahmad Fuaad Mohd Kenal dilantik ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif Proton pada 1 April tahun lepas. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 19 Sept — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd (Proton), Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenal, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd (MCB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.

MCB, pengeluar tenaga bebas, memberitahu Bursa Malaysia, dengan pelantikan Ahmad Fuaad, pemangku ketua pegawai eksekutifnya, Habib Husin, akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Oktober, namun kekal sebagai naib presiden eksekutif, operasi syarikat.

Ahmad kekal sebagai ahli lembaga pengarah pembuat kereta nasional itu hingga 30 September.

Beliau dilantik ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif Proton pada 1 April tahun lepas.

Sebelum berkhidmat dengan Proton, beliau ialah ketua pegawai operasi - kewangan dan korporat serta ketua pegawai kewangan (CFO) DRB-HICOM Bhd dari Ogos 2013 hingga Mac 2016.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co pada 1994. — Bernama



Sumber CEO Proton dapat jawatan sama ke Malakoff bulan depan

Related Posts :

0 Response to "CEO Proton dapat jawatan sama ke Malakoff bulan depan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect