Para KL2017: Rizal dedikasi kemenangan kepada isteri

PETALING JAYA: Mohd Rizal Hassan menghadiahkan emas dimenanginya dalam acara trio lelaki campuran B1/B2/B3 (masalah penglihatan) sukan boling pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para2017) kepada isterinya, Azrene Anee.

Katanya, isterinya banyak membantu menggalas tugas sebagai ketua keluarga kerana dia hanya kembali ke rumah di Kajang pada hujung minggu berikutan perlu berlatih dan menetap di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Beliau berkata, Azrene berkorban masa dan tenaga menjaga empat anak mereka berusia lingkungan setahun hingga 11 tahun meskipun sibuk dengan kerja harian sebagai seorang penjawat awam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Pingat emas ini untuk isteri saya, terima kasih kerana banyak berkorban demi anak-anak. Anak-anak memang rapat dengan saya, tidur pun dengan saya tetapi sejak saya mewakili negara mereka mula belajar berdikari," kata Mohd Rizal di sini, hari ini.

Pekerja sebuah syarikat swasta di Bandar Permaisuri, Cheras ini dikalungkan pingat emas bersama dua lagi rakan iaitu Muhamad Hairul Miran dan Muhamad Suhaili Ab Hamid di Sunway Mega Lanes, selepas merakamkan jatuhan pin tertinggi iaitu 2,062.

Brunei memenangi pingat perak dengan jatuhan 1,910 manakala gangsa, Thailand (1,892).

Gelaran selaku juara dalam acara trio lelaki berpasukan ini menyaksikan Malaysia mempertahankan pingat emas di Singapura dua tahun lalu yang ketika itu diwakili Muhamad Hairul, Choo Kam Chan dan Zainul Akmal Siran.



Sumber Para KL2017: Rizal dedikasi kemenangan kepada isteri

0 Response to "Para KL2017: Rizal dedikasi kemenangan kepada isteri"

Post a Comment